RUSSIA

9D7N DAGESTAN (CHECHNYA + INGUSHETIA)

DUBAI → MAKHACHKALA → DAGESTAN → DERBENT → KYRKHLYAR → CHECHNYA → GROZNY →  VLADIKAVKAZ

HARI 1: KUALA LUMPUR (KLIA) → DUBAI → MAKHACHKALA (DAGESTAN) 

Berkumpul di Tingkat 5, Departure Terminal, KLIA pada jam 6:00 pagi untuk urusan check in bagasi dan serahan boarding pass. Berlepas ke Dubai pada pukul 10:15 pagi. Tiba pada pukul 1:10 Tengah hari di DUBAI. Transit berlepas ke MAKHCHKALA AIRPORT jam 11:55 malam.

HARI 2: MAKHACHKALA → DAGESTAN (SP/MT/MM)

Tiba di Dagestan Airport jam 2:20 pagi. Ambil bagasi dan bertolak ke hotel Makhachkala. Setelah berehat dan menikmati sarapan yang santai di hotel, lawatan akan dimulakan dengan menerokai bazar tempatan, diikuti dengan kunjungan ke Masjid Djuma sebuah masjid yang terkenal di Makhachkala, ibu kota Republik Dagestan di Rusia. Masjid ini adalah salah satu tempat ibadat yang penting dan bersejarah di kawasan tersebut. Masjid ini dikenali dengan seni bina yang menakjubkan, yang menggabungkan elemen-elemen tradisional Islam dengan gaya seni bina tempatan yang indah di bandar. Seterusnya, nikmati pengalaman seni di Muzium Seni Dagestan. Muzium ini menampilkan seni lukisan, patung, tekstil, dan seni kraf tangan yang mencerminkan sejarah dan warisan budaya rakyat Dagestan. Koleksi ini termasuk karya seni dari zaman kuno hingga zaman kontemporari, dengan fokus kepada seni Islam, seni tradisional, serta karya- karya seniman terkenal Dagestan. Makan malam yang menyelerakan di Restoran. Penginapan malam yang nyaman di Hotel Jaques atau Monto. 

 

HARI 3: DERBENT → KYRKHLYAR (SP/MT/MM)

Selepas Sarapan pagi, kita akan melakukan lawatan sehari ke Derbent. Di sana, kita akan melawat Kubu Naryn-kala yang bersejarah, kubu yang sangat penting dan bersejarah di Derbent, sebuah bandar di selatan Rusia yang terletak di sepanjang Laut Caspian. Kubu ini dibina pada abad ke-3 dan merupakan salah satu kubu yang paling baik dipelihara di kawasan Kaukasus. Kubu Naryn-kala adalah sebahagian daripada sistem pertahanan yang lebih besar yang melindungi pintu masuk ke Kaukasus dan memainkan peranan strategik dalam sejarah pertahanan wilayah tersebut. Kubu ini terletak di atas sebuah bukit yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan ke bandar Derbent dan Laut Caspian. Ia dibina menggunakan batu-batu besar dan mempunyai dinding yang kukuh serta struktur yang meliputi beberapa tahap pertahanan. Naryn-kala berfungsi sebagai benteng utama untuk mempertahankan wilayah tersebut daripada serangan musuh, terutamanya semasa zaman empayar Parsi dan Arab.Selepas itu, kita berjalan-jalan di Old City, dan singgah solat di Masjid Djuma. 

Seterusnya, kita akan mengunjungi Kyrkhlyar Cemetery yang penuh makna. Kyrkhlyar, situs makam yang menyimpan jasad para pejuang Islam. Kyrkhlyar berarti ‘empat puluh’ dalam bahasa Turki. Menurut legenda, Kyrkhlyar menjadi tempat peristirahatan terakhir bagi 40 perwira perang Arab sebelum tewas dalam perjuangan untuk memperkuat pengaruh Islam di Kaukasus Utara. Akhirnya, kita akan menikmati suasana di bazar tempatan sebelum kembali ke hotel di Makhachkala.

HARI 4: DERBENT → CHECHNYA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, check out hotel dan kita akan melawat sebahagian daripada kawasan perlindungan Dagestan yang terletak di kawasan bukit pasir. Kita akan mengadakan lawatan bersama seorang ahli biologi profesional. Selepas itu, kita akan meneruskan perjalanan ke Chechnya. Dalam perjalanan, kita akan singgah di bandar Shali untuk melihat masjid terbesar di Eropah. Kemudian, kita akan menuju ke Grozny. Pada hari ini, kita akan melawat tempat pemandangan yang terletak di bumbung pusat perniagaan bandar ini. Penginapan malam di Hotel Grozny City.

HARI 5: GROZNY (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, kita akan menaiki 4x4 ke kawasan terpencil di Republik Chechen. Di sana terdapat menara pertahanan abad pertengahan dan runtuhan kampung Chechen yang kuno. Salah satu daripadanya adalah Khaibakh. Kampung ini ini terkenal kerana menjadi simbol tragis peristiwa pemindahan penduduk Chechen pada tahun 1944. Kampung ini dihancurkan semasa pemindahan ini. Hari ini, ia dianggap sebagai salah satu tempat yang paling bersejarah di Chechnya, dengan sisa-sisa runtuhan dan menara pertahanan yang masih dapat dilihat. Kawasan ini menarik kerana ia menggabungkan sejarah yang penuh dengan penderitaan dan ketabahan penduduk Chechen. Di sini, pengunjung dapat merasai kesan mendalam dari tragedi tersebut, sambil melihat peninggalan sejarah yang menunjukkan kekuatan dan ketahanan budaya masyarakat Chechen.
Selain itu, keindahan semulajadi sekitar Khaibakh dan kedudukan geografiknya di kawasan pergunungan menambah daya tariknya, menjadikannya destinasi yang menarik bagi mereka yang ingin mempelajari sejarah dan budaya Chechen, serta menikmati keindahan alam. Selepas itu, kita akan Kembali ke Grozny untuk makan malam dan bermalam di hotel 5 bintang di bandar Grozny.

HARI 6: GROZNY →  VLADIKAVKAZ (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, check out hotel, kita akan menghabiskan masa di Grozny. Selepas makan tengah hari, kita akan berangkat ke Magas, ibu kota Ingushetia. Di sana, kita akan mengunjungi Memorial of Deportation and Military Glory. sebuah monumen yang penting di Ingushetia, Rusia, yang memperingati dua peristiwa bersejarah besar dalam sejarah wilayah tersebut: pengusiran bangsa Ingushetia dan kejayaan ketenteraan mereka. Pada waktu petang, kita akan tiba di Vladikavkaz. Penginapan malam di Vladikavkaz.

 

HARI 7: VLADIKAVKAZ (SP/MT/MM)

Hari ini, kita akan menghabiskan masa di bandar ini untuk menerokai seni bina yang nyaman, muzium, dan galeri seni. Kita akan berjalan di sepanjang Mira Avenue, bahagian bersejarah bandar, melawat Muzium Negara, gereja Armenia dan Ossetia, serta Masjid Sunni. Kita juga akan berjalan ke Filharmoni, yang dahulunya adalah bangunan gereja Lutheran. Selain itu, kita akan melawat Pusat Seni Kontemporari dan melihat banyak tugu peringatan sepanjang perjalanan. Penginapan malam di Vladikavkaz.

HARI 8: MOUNTAINS OF INGUSHETIA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi,check out hotel dan kita akan ke Jeyrakh yang terletak di kaki gunung yang mempunyai pemandangan alam yang menakjubkan. penggemar alam semula jadi pasti akan menikmati keindahan pemandangan pegunungan dan landskap alam semula jadi yang mempesona. Selepas itu, Solat di Masjid Jeyrakh: Salah satu masjid yang paling ikonik di kawasan ini, tempat bersejarah ini sering dikunjungi oleh pengunjung yang ingin melihat seni bina Islam tradisional. Lawatan ke Kompleks Erzi,Kompleks arkeologi ini menampilkan peninggalan sejarah yang menarik dari zaman purba, termasuk struktur bersejarah yang memberi gambaran mengenai kehidupan masyarakat zaman silam. Kami juga akan melawat Lembah Targim. Lembah yang gah ini dikelilingi oleh pemandangan gunung yang indah. Ia terkenal dengan menara pertahanan purba yang terletak di kawasan ini, termasuk Menara Egikal dan Menara Vovnushki, yang merupakan salah satu tarikan utama untuk penggemar sejarah. Dari gunung, kami akan terus ke Nalchik, ibu kota Kabardino-Balkaria. Jambatan lama yang melintasi sungai Nalchik adalah antara tempat bersejarah yang menarik untuk dilihat. Ia memberi pengunjung peluang untuk merasai sejarah bandar ini. Kita akan Makan malam di sana. Selepas itu, kita akan ke lapangan terbang Mineralniye Vody.

 

HARI 9:DEPARTURE

Tiba di KLIA pada jam 9:50 malam.

  Airlines
EMIRATES
  Hotel Accommodation

  Departure Date

23-06-2025 (Mon)

01-07-2025 (Tue)

  Package Pricing

JELAJAH SALE 2025    SAVE RM 100
ADULT TWIN

RM 12,350

RM 12,450

ADULT SINGLE

N/A

CHILD W/BED

N/A

CHILD NO BED

N/A

IMPORTANT NOTES

NOTA PENTING :
**Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa dan SOP disana.
**Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline,
**Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
**Pihak TM Tours & Travel Sdn Bhd berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan, kenaikan harga hotel secara mendadak atau masalah kerosakan bilik. Sekiranya berlaku pihak Intifada Travel tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik.
**Pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan gagal mendapat VISA atau perubahan penerbangan, kerana kelulusan VISA adalah tertakhluk kepada pihak sana.
**Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Intifada boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.

SME 100
SME 100

Amazing Thailand
Amazing Thailand

JNTO
JNTO

Accredited By