Jom Sembang!
MALAYSIA

3D2N KEMBARA TAMAN NEGARA (APM)

Bersama Tokoh Biodiversiti & Pemuliharaan Alam | Kembara - Ilmu - Budaya - Refleksi

  Bersama Prof. Dr. Maketab Mohamed

HARI 1: KUALA LUMPUR - TAMAN NEGARA KUALA TAHAN

  • Berkumpul dan bertolak ke Taman Negara Kuala Tahan.
  • Tiba di Taman Negara Kuala Tahan dan daftar masuk penginapan.
  • Makan tengah hari.
  • Aktiviti bebas.
  • Makan malam.

Aktiviti Malam: Night Walk

Peserta akan menyertai aktiviti “Night Walk” di Taman Negara Kuala Tahan bersama pemandu pelancong berpengalaman. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman meneroka hutan hujan tropika pada waktu malam.

Antara pengalaman menarik sepanjang aktiviti:

  • Mendengar bunyi unik hidupan malam di dalam hutan.
  • Melihat pelbagai jenis serangga malam seperti kelip-kelip.
  • Berpeluang melihat haiwan kecil dan burung hantu.

Kembali ke penginapan dan berehat.

?

HARI 2: EKSPLORASI ALAM SEMULA JADI & PENGALAMAN BUDAYA ORANG ASLI

  • Sarapan pagi.

Aktiviti Pagi

Jungle Trekking – Bukit Teresek

Peserta akan memulakan aktiviti jungle trekking ke Bukit Teresek yang terletak kira-kira 1.7 km dari titik permulaan.

  • Tempoh pendakian dianggarkan sekitar 30 hingga 45 minit bergantung kepada tahap kecergasan peserta.
  • Laluan trekking adalah sederhana mencabar terutama berhampiran puncak.
  • Dari puncak Bukit Teresek, peserta dapat menikmati panorama indah hutan hujan tropika dan Gunung Tahan sekiranya cuaca mengizinkan.

Canopy Walk

Aktiviti Canopy Walk tertakluk kepada status operasi pihak Taman Negara kerana kerja penyelenggaraan dan pembaikan mungkin masih dijalankan.

  • Lawatan ke perkampungan Orang Asli.
  • Makan tengah hari.

Aktiviti Petang

Rapid Shooting

Nikmati pengalaman menaiki bot menyusuri sungai berarus deras melalui beberapa jeram yang mencabar dan menyeronokkan.

Lawatan ke Perkampungan Orang Asli

Peserta berpeluang berinteraksi dengan komuniti Orang Asli khususnya suku Batek.

Antara aktiviti yang dijalankan:

  • Mengenali cara hidup tradisional masyarakat Orang Asli.
  • Demonstrasi membuat api secara tradisional.
  • Demonstrasi penggunaan sumpit.
  • Aktiviti mencuba sumpit di Kampung Orang Asli Kg. Jeram Dedari.
  • Kembali ke penginapan.
  • Makan malam.
  • Aktiviti bebas dan berehat.

 HARI 3: TAMAN NEGARA - KUALA LUMPUR

  • Sarapan pagi dan aktiviti bebas
  • Daftar keluar penginapan.
  • Bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
  • Program tamat.
  Airlines
  Hotel Accommodation

  Hotel Details

Asia Kem Resort Kuala Tahan

  Departure Date

26-06-2026 (Fri)

  Package Pricing

JELAJAH SALE 2026    SAVE RM 0
ADULT TWIN

RM 620

RM 620

ADULT SINGLE

N/A

CHILD W/BED

N/A

CHILD NO BED

N/A

IMPORTANT NOTES
  • Pakej: 3H2M (Full Board)
  • Tarikh Perjalanan: 26 Jun 2026
  • Harga: RM620 seorang


Keistimewaan Program

  • Menghayati sejarah, alam dan budaya daripada perspektif akademik.
  • Sesi perkongsian ilmu santai bersama profesor jemputan.
  • Pengalaman perjalanan yang lebih bermakna dan berinformasi.
  • Travelog eksklusif APM sebagai cenderahati peserta.
  • Peluang membina jaringan persahabatan dan kenangan baharu.

 

DEPOSIT & TOUR PAYMENTS
  • Semua harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
  • Tempahan akan disahkan selepas mendapat pengesahan daripada pelanggan.
  • Pengesahan hotel adalah tertakluk kepada kekosongan semasa tempahan dibuat.
  • Deposit sebanyak RM100 yang telah dibayar tidak akan dikembalikan selepas tempahan dibuat.
  • Sebarang pertukaran tarikh adalah tertakluk kepada harga pakej semasa.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum tarikh akhir promosi.
  • Caj tambahan musim puncak akan dimaklumkan sekiranya berkenaan.
  • Bayaran penuh hendaklah diterima sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh berlepas. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tempahan dibatalkan secara automatik dan deposit akan dilucutkan.
CANCELLATION
  • Sebarang pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis atau melalui emel kepada TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
  • Proses pemulangan wang mengambil masa sekitar 21 hingga 31 hari bekerja daripada tarikh emel diterima bersama maklumat lengkap.
  • Pemulangan wang adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan pihak syarikat penerbangan dan pengendali darat.
  • Pemulangan penuh hanya akan dipertimbangkan sekiranya berlaku kematian, tertakluk kepada dokumen sokongan yang berkaitan.
SME 100
SME 100

Amazing Thailand
Amazing Thailand

JNTO
JNTO

Accredited By