|
Tarikh : 23 Mar 2007
Untuk perhatian Jemaah Umrah 2007.
Tuan / Puan,
PER : MAKLUMAN PROSEDUR MAHRAM BAGI JEMAAH UMRAH TAHUN 2007.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Merujuk kepada perkara diatas,sukacita dimaklumkan bahawa pihak syarikat TM TOURS & TRAVEL SDN BHD mempunyai sedikit makluman mengenai prosedur pengurusan mahram yang terbaru untuk tahun 2007.
Prosedur ini adalah untuk melancarkan perjalanan permohonan visa umrah.Oleh yang demikian kami amat mengharap agar tuan / puan dapat memberikan beberapa dokumen yang disebut dibawah ini :-
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN UMRAH
¨ Wang pendahuluan sebanyak RM 1000
¨ Mengisi borang pendaftaran
¨ Passport Malaysia ( tarikh sah lebih 6 bulan )
¨ Buku Suntikan Meningitis
¨ 4 Keping gambar warna berukuran ( 6 x 4 cm ) berlatar belakang putih.
¨ Salinan surat nikah untuk suami isteri.
¨ Salinan surat beranak jemaah ( hilang berurusan di JPN semula )
¨ Salinan kad pengenalan setiap jemaah ( terang dan jelas )
SUAMI / ISTERI / ANAK PEREMPUAN & LELAKI DIBAWAH UMUR 12 TAHUN
-
Salinan kad pengenalan setiap jemaah.
-
Salinan sijil nikah.
-
Salinan sijil kelahiran anak perempuan & anak lelaki.
EMAK MERTUA / EMAK
-
Salinan kad pengenalan setiap jemaah.
-
Salinan sijil kelahiran anak perempuan / anak lelaki.
LELAKI DIBAWAH 18 TAHUN
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil kelahiran
CUCU PEREMPUAN / ANAK SAUDARA PEREMPUAN / ANAK SAUDARA LELAKI
-
Salinan sijil kelahiran & Salinan kad pengenalan
-
Surat keizinan dari bapa ( bahasa Inggeris )
IPAR
-
Tumpang mahram dengan ketua kumpulan. ( sila rujuk document dibawah )
TUMPANG MAHRAM ( KETUA KUMPULAN )
 |
ISTERI MENGERJAKAN UMRAH ( TANPA DITEMANI SUAMI ) |
: Salinan kad pengenalan setiap jemaah.
: Salinan sijil nikah dan surat keizinan suami ( dalam bahawa bahasa inggeris )
 |
ANAK MENGERJAKAN UMRAH ( TANPA DITEMANI BAPA ) |
: Salinan kad pengenalan setiap jemaah.
: Salinan sijil kelahiran dan surat keizinan dari bapa ( dalam bahasa inggeris )
 |
JANDA ( KEMATIAN SUAMI ) |
: Salinan kad pengenalan setiap jemaah.
: Salinan sijil kematian suami
: Salinan surat kebenaran dari keluarga terdekat ( pertalian darah )
: Salinan kad pengenalan ( wali – abang atau bapa saudara / ikatan keluarga )
 |
BERCERAI ( TERGANTUNG ) – PEREMPUAN TINGGAL BERSAMA BAPA |
: Salinan kad pengenalan setiap jemaah.
: Salianan sijil keizinan bapa / Salian sijil kematian bapa.
 |
PEREMPUAN INDON ( JANDA ) |
: Salinan permit / salinan kad pengenalan
: salinan sijil cerai / sijil kematian
Kami amat berharap agar tuan / puan dapat memberikan kerjasama dalam menyediakan dokumen yang tercatat diatas.Kerjasama dari tuan / puan akan dapat melancarkan lagi permohonan visa umrah.
Segala kerjasama dari pihak tuan / puan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih.
|